Saturday, May 29, 2010

Sehari Di Taiping... 29/5/2010

Bandar Taiping terletak di utara Negeri Perak selepas Bandar Diraja Kuala Kangsar. Ia merupakan bandar kedua terbesar selepas Ipoh dan pernah bergelar Ibu Negeri Perak sekitar tahun 1876 to 1937, sebelum itu Kuala Kangsar adalah Ibu Negeri Perak Darul Ridzuan.

Pemandangan Bandar Taiping melalui satelit (diambil dari Google Map).

Taiping berada di dalam Daerah Larut, Matang dan Selama. Jika di Kelantan dikenali sebagai Jajahan (Jajahan Pasir Puteh, Jajahan Bachok, Jajahan Tanah Merah dll). Dibuka setelah penemuan lombong bijih timah sekitar awal kurun ke-19. Untuk keterangan lanjut mengenai sejarah Taiping sila klik di sini.

Sekitar Bandar Taiping ini penuh dengan bangunan-bangunan lama, suasana sekitar pun ala-ala zaman 60-70an. Teruma bila bercerita mengenai Taman Tasik... terus teringatkan video klip lagu Seiring Sejalan yang dinyanyikan oleh Broery Marantika & Sharifah Aini. Jika diimbas kembali suasana sama, cuma pokok-pokok di kawasan sekitar makin tua dan besar. Namun, aku tiada koleksi-koleksi gambar dahulu kala untuk dibandingkan dengan sekarang.

Taman Tasik Taiping.

Sebenarnya lawatan kali ini adalah sempena rombongan sekolah Tabika Kemas Kati tempat anak aku bersekolah. Antara lokasi yang dilawati adalah Muzium Taiping, Brumese Pool dan Zoo Taiping. Tetapi disebabkan Nisa yang masih kecil dan banyak faktor lain lagi, aku dan Nisa pergi sendiri berasingan dengan kereta sendiri tanpa Harith dan Ummi. Abbi dengan Nisa berkereta ke Taiping, Nisa yang keletihan telah lena dalam kereta. Bila dah sampai di kaki Bukit Maxwell aku snap gambar Nisa yang tengah lena tidur.


Setelah sampai di kaki Bukit Maxwell, aku sekeluarga telah berkelah di Brumese Pool. Punyalah ramai orang disana, nak park kereta pun susah. Di bawah ini ada beberapa keping gambar yang sempat aku snap sementara menunggu Harith habis mandi-manda bersama kawan-kawan satu Tabika.



Elok-elok sahaja Harith habis mandi-manda hujan mula turun dan destinasi seterusnya adalah ke ZOO Taiping. Ini kali yang ke berapa dah ke ZOO Taiping ni aku pun dah tak ingat. Tak kira pun... hehehe... Apa-apa pun sila layan gambar di bawah. Gambar Harith tak banyak sebab dia naik train bersama rombongan sekolah yang lain. Manakala aku, Nisa dan Ummi di dalam train yang berasingan.





Ada rakaman video aku rakam ketika berada di ZOO Taiping. Nanti aku akan upload kemudian untuk tontonan umum setelah diedit.

No comments:

Post a Comment