Mana lagi tempat nak merehatkan minda dari keserabutan kerja dan hiruk pikuk kesibukan kota kalau tak dengan bertandang ke tempat yang aman damai. Kalau di Kg Wakaf Lichong dah tentu Jeram Linang & Jeram Pasu (di Pasir Puteh), Lata Belatan & Lata Tembakah (di Besut) yang menjadi pilihan rata-rata rakyat Kg Wakaf Lichong. Namun bagi aku yang berada di perantauan tiada pilihan melainkan melawat tempat-tempat berdekatan. Namun 'pot-pot' rekriasi di atas tetap menjadi pilihan No.1 di hati aku.
Tempat aku berkunjung dengan keluarga kali ini adalah Lata Kekabu terletak di dalam Daerah Lenggong, Perak. Lebih kurang 15km ke selatan dari Pekan Lenggong. Setelah 6 tahun lebih aku tak ke sini. Seingat aku last sekali datang ke sini adalah sekitar tahun 2004 semasa bertugas di Projek Naiktaraf Laluan Persekutuan 75 dari Sauk ke Lenggong. Namun pada pengamatan mata kasar aku, tidak banyak yang berubah... hemmm tetap macam dulu-dulu juga.
Kanak-kanak + Air = Keseronokan.... itulah dia formula mudah bagi kanak-kanak riang. Bagi yang dah tua bangka macam aku, dah tak berapa berselera dengan suasana begini. Lagipon 'pot' tak 'best'... kang kena marah juga orang lain ni hehehhe... Sambil-sambil aku memerhati anak-anak mandi manda, aku meyusun batu-batu jeram menjadi tembok untuk menahan air supaya lebih dalam dan sekaligus menjadikan dasar jeram bebas dari batu-batuan.
Keadaan sebelum batu-batuan disusun.
Setelah siap kerja-kerja menyusun batu-batuan.
Setelah siap menyusun batu aku berehat dengan menghirup air kelapa muda yang dibeli oleh Ummi (panggilan isteri oleh anak-anak aku). Dalam memerhati anak-anak yang seronok bermain air aku terpandang makhluk ALLAH yang cantik hinggap di atas batu hasil kerja tangan aku. Bila diperhatikan memang betul cantik... Puteng Beliong (nama di Kelate) @ Cakcibor (nama di Perak) @ Pepatung (nama dalam buku).
No comments:
Post a Comment