Saturday, May 29, 2010

Sehari Di Taiping... 29/5/2010

Bandar Taiping terletak di utara Negeri Perak selepas Bandar Diraja Kuala Kangsar. Ia merupakan bandar kedua terbesar selepas Ipoh dan pernah bergelar Ibu Negeri Perak sekitar tahun 1876 to 1937, sebelum itu Kuala Kangsar adalah Ibu Negeri Perak Darul Ridzuan.

Pemandangan Bandar Taiping melalui satelit (diambil dari Google Map).

Taiping berada di dalam Daerah Larut, Matang dan Selama. Jika di Kelantan dikenali sebagai Jajahan (Jajahan Pasir Puteh, Jajahan Bachok, Jajahan Tanah Merah dll). Dibuka setelah penemuan lombong bijih timah sekitar awal kurun ke-19. Untuk keterangan lanjut mengenai sejarah Taiping sila klik di sini.

Sekitar Bandar Taiping ini penuh dengan bangunan-bangunan lama, suasana sekitar pun ala-ala zaman 60-70an. Teruma bila bercerita mengenai Taman Tasik... terus teringatkan video klip lagu Seiring Sejalan yang dinyanyikan oleh Broery Marantika & Sharifah Aini. Jika diimbas kembali suasana sama, cuma pokok-pokok di kawasan sekitar makin tua dan besar. Namun, aku tiada koleksi-koleksi gambar dahulu kala untuk dibandingkan dengan sekarang.

Taman Tasik Taiping.

Sebenarnya lawatan kali ini adalah sempena rombongan sekolah Tabika Kemas Kati tempat anak aku bersekolah. Antara lokasi yang dilawati adalah Muzium Taiping, Brumese Pool dan Zoo Taiping. Tetapi disebabkan Nisa yang masih kecil dan banyak faktor lain lagi, aku dan Nisa pergi sendiri berasingan dengan kereta sendiri tanpa Harith dan Ummi. Abbi dengan Nisa berkereta ke Taiping, Nisa yang keletihan telah lena dalam kereta. Bila dah sampai di kaki Bukit Maxwell aku snap gambar Nisa yang tengah lena tidur.


Setelah sampai di kaki Bukit Maxwell, aku sekeluarga telah berkelah di Brumese Pool. Punyalah ramai orang disana, nak park kereta pun susah. Di bawah ini ada beberapa keping gambar yang sempat aku snap sementara menunggu Harith habis mandi-manda bersama kawan-kawan satu Tabika.



Elok-elok sahaja Harith habis mandi-manda hujan mula turun dan destinasi seterusnya adalah ke ZOO Taiping. Ini kali yang ke berapa dah ke ZOO Taiping ni aku pun dah tak ingat. Tak kira pun... hehehe... Apa-apa pun sila layan gambar di bawah. Gambar Harith tak banyak sebab dia naik train bersama rombongan sekolah yang lain. Manakala aku, Nisa dan Ummi di dalam train yang berasingan.





Ada rakaman video aku rakam ketika berada di ZOO Taiping. Nanti aku akan upload kemudian untuk tontonan umum setelah diedit.

Tuesday, May 18, 2010

Lata Kekabu... 15/5/2010

Mana lagi tempat nak merehatkan minda dari keserabutan kerja dan hiruk pikuk kesibukan kota kalau tak dengan bertandang ke tempat yang aman damai. Kalau di Kg Wakaf Lichong dah tentu Jeram Linang & Jeram Pasu (di Pasir Puteh), Lata Belatan & Lata Tembakah (di Besut) yang menjadi pilihan rata-rata rakyat Kg Wakaf Lichong. Namun bagi aku yang berada di perantauan tiada pilihan melainkan melawat tempat-tempat berdekatan. Namun 'pot-pot' rekriasi di atas tetap menjadi pilihan No.1 di hati aku.

Tempat aku berkunjung dengan keluarga kali ini adalah Lata Kekabu terletak di dalam Daerah Lenggong, Perak. Lebih kurang 15km ke selatan dari Pekan Lenggong. Setelah 6 tahun lebih aku tak ke sini. Seingat aku last sekali datang ke sini adalah sekitar tahun 2004 semasa bertugas di Projek Naiktaraf Laluan Persekutuan 75 dari Sauk ke Lenggong. Namun pada pengamatan mata kasar aku, tidak banyak yang berubah... hemmm tetap macam dulu-dulu juga.

Kanak-kanak + Air = Keseronokan.... itulah dia formula mudah bagi kanak-kanak riang. Bagi yang dah tua bangka macam aku, dah tak berapa berselera dengan suasana begini. Lagipon 'pot' tak 'best'... kang kena marah juga orang lain ni hehehhe... Sambil-sambil aku memerhati anak-anak mandi manda, aku meyusun batu-batu jeram menjadi tembok untuk menahan air supaya lebih dalam dan sekaligus menjadikan dasar jeram bebas dari batu-batuan.

Keadaan sebelum batu-batuan disusun.


Setelah siap kerja-kerja menyusun batu-batuan.

Setelah siap menyusun batu aku berehat dengan menghirup air kelapa muda yang dibeli oleh Ummi (panggilan isteri oleh anak-anak aku). Dalam memerhati anak-anak yang seronok bermain air aku terpandang makhluk ALLAH yang cantik hinggap di atas batu hasil kerja tangan aku. Bila diperhatikan memang betul cantik... Puteng Beliong (nama di Kelate) @ Cakcibor (nama di Perak) @ Pepatung (nama dalam buku).



Wakaf Lichong

Wakaf Lichong.... mesti semua orang tertanya-tanya mana asalnya nama 'Wakaf Lichong. Dari beberapa sumber berpendapat bahawa Lichong adalah berasal dari nama seorang cina bernama Li Chong. Satu-satunya bangsa cina terawal dan terakhir yang pernah menetap di sini. Al-kisahnya Li Chong tergila-gilakan seorang gadis kampung dan menjadikan wakaf buruk di tepi jalan sebagai tempat tinggalnya. Wakaf tersebut dijadikan 'landmark' kepada kawasan sekitar dan sehinggalah sekarang kampung aku digelar Kg. Wakaf Lichong. Namun cerita ini tiada penemuan bukti kukuh, hanya sekadar sembang mulut ke mulut.

Pada pendapat aku, wakaf itu sendiri merujuk kepada tempat persinggahan atau tempat istirahat sementara zaman dahulu kala. Merujuk kepada penemuan gambar dari buku "Kelantan: A State of The Malay Peninsula" (1908) by W.A Graham (seorang Gabenor British melalui perjanjian British dengan Siam). Gambar ini diambil di zaman Kelatan dahulu kala sekitar tahun 1905. Lokasi sebenar tidak pula diketahui.

Namun pada hakikatnya aku tidak tahu apa fungsi sebenar 'wakaf' ini di dalam masyarat kita zaman dahulu. Mengikut makna dari bahasa arab, 'wakaf' itu adalah sebarang harta/benda yang dilaburkan ke jalan ALLAH dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Zaman dulu-dulu memang sukar untuk mencari hotel, rumah tumpangan untuk berhenti rehat dan masjid untuk beribadah pon jarang-jarang tidak seperti masa sekarang yang senang dijumpai di mana-mana. Mungkin faktor inilah wakaf menjadi pelbagai guna samada menjadi tempat solat dan beristirahat bagi para musafir.

Nama Wakaf Lichong tidak seperti nama wakaf-wakaf lain. Cth: Wakaf Mek Zainab, Wakaf Stan, Wakaf Baru, Wakaf Siku, Wakaf Che Yeh dll yang jelas menunjukkan nama seseorang atau jenis bahan binaan wakaf tersebut. Seni binaan wakaf ini terlalu unik dalam masyarakat kelate dan aku rasa khazanah ini perlu dibela supaya tidak hilang dimakan zaman.

Kedudukan Kg Wakaf Lichong adalah dipersimpangan Federal Route 3 (Kuala Terengganu - Kota Bharu) dengan Federal Route 4 (Pasir Puteh - Grik). Berikut adalah pemandangan satelit yang diambil dari 'google map'.

Yang pasti aku akan terus kemaskini 'entry' ini dengan gambar-gambar dan juga perkembangan terbaru mengenai perkara berkaitan dengan Wakaf Lichong.